|
|
| Sunday, 9-Aug-2009 14:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
beautiful Orchids
|
|
Location : Putra Jaya
Date : 9 Aug 2009
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Aug-2009 14:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bantah ISA, 1 Ogos 2009
|
 |
|
Heli memantau sekitar KL sebelum demo bermula
|
|
 |
|
Budi bahasa budaya kita?
|
|
|
|
 |
|
Mansuh ISA!
|
|
 |
|
Aduh! Pedih mata aku
|
|
|
|
Sekitar demo ISA 1 Ogos, Hari yang penuh bersejarah kat Malaysia apabila berpuluh-puluh ribu rakyat turun padang untuk menyatakan hasrat agar ISA dihapuskan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Aug-2009 12:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
H1N1 semakin menjadi parah!
|
|
H1N1 semakin menular sekarang. Kita semakin terdedah kepada bahaya penyakit ini dimana-mana sahaja. Kita lihat kempen di kaca TV agar kita sentiasa cuci tangan, tutup mulut dan kurangkan aktiviti luar. Bagi saya ini tidak mencukupi dan ada satu perkara yang amat penting sebagai kubu pertahanan badan yang paling ampuh. Malangnya ia tidak pernah dibincangkan dan didedahkan pengetahuan mengenainya. Jika ada pun kita sendiri tidak pernah ambil tahu.Jadi, APAKAH IA? Ia adalah sistem imun. Ia ada didalam diri setiap manusia..mari baca artikel ini:
SISTEM IMUN
Perlindungan Terbaik Menentang Penyakit
Perlindungan paling berkesan menentang penyakit sedang tertekan . Ketahui kenapa dan cara menanganinya.
Jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang adalah sebahagian daripada organ dalaman tubuh. Tetapi pernahkah anda mendengar mengenai timus?
Organ dalaman ini terletak dalam rongga dada anda, bersebelahan dengan jantung. Ia merupakan kelenjar utama sistem imán, yang berfungsi seperti doktor yang mengawasi anda.
Sistem imun menjadi sensata paling ampuh untuk menentang AIDS, kanser dan pelbagai penyakit lain. Ia merupakan sistem tubuh yang terpenting, bekerja dari sébelah dalam tubuh untuk memastikan anda selamat sepanjang hayat. Malangnya ramai Marusia mengabaikanya Kerala mereka jahil mengenainya.
Sebelum kemunculan wabak AIDS, tidak banyak yang didengar mengenai sistem imun. Kini terdapat banyak pengetahuan yang semakin meningkat di kalangan pakar kesihatan bahawa sistem imun kita menjadi senjata paling ampuh dalam melawan penyakit.
Kini penyelidik perubatan secara amnya bersependapat:
Hanya sistem imun tubuh mampu mengubati penyakit
Doktor dan pengamal perubatan lain hanya membantu tubuh melakukannya
Nutrien tulen daripada sumber makanan asli mengatasi kehebatan ubat untuk menguatkan sistem imun, dan mencegah penyakit.
Sistem imun yang sihat menjamin kehidupan yang bebas daripada penyakit. Tetapi beberapa aspek kehidupan moden boleh menjejaskan sistem imun dan mendedahkan anda lepada penyakit. Itulah sebabnya kenapa penyakit yang berkaitan dengan sistem imun dan masalah kesihatan lain sperti kanser, penyakit Alzheimer, síndrome keletihan yang kronik, asma, diabetes yang bergantung lepada insulina, artritis reumatoide, beberapa masalah gangguan darah, sklerosis múltiple, sendi kaku, tulang yang lemah dan penghadaman tidak sempurna semakin meningkat.
Sungguhpun sistem imun anda Cukup Kuat untuk membunuh virus dan bakteria, ia mudah menjadi lemah dan musnah melalui pengambilan antibiotik, makanan remeh, pembedahan yang tidak perlu dan sebagainya.
BAGAIMANA SISTEM IMUN MENJADI LEMAH
Antibiotik
Ubat ini memusnahkan bakteria yang memudaratkan dan bakteria yang berguna yang menyokong sistem imun. Ia juga meningkatkan daya ketahanan terhadap Semarang bakteria berbahaya yang mungkin terselamat. Malah ia menghalang keupayaan tubu menghasilkan antibiotik semula jadi. Antibiotik mungkin perlu dalam mengubati jangkitan yang mengancam nyawa dan serius. Tetapi menurut para doktor, ia tidak diperlukan dalam banyak keadaan.
Antibiotik yang dimajukan sejak 30 tahun lalu gagal memusnahkan punca penyakit (mikrob). Sebaliknya mikrob ini telah menjalani mutasi, mengembangkan kekebalan terhadap ubat kuat yang sepatutnya dicipta untuk memusnahkanya. Lebih buruk lagi, hospital kini menjadi sumber jangkitan utama daripada mikrob seumpamanya Kerala penggunaan banyak antibiotik. Ubat yang paling kuat pun gagal membunuh kuman kebal ini.
Ramai dikalangan kita mengambil antibiotic setiap hari tanpa menyedarinya. Misalnya dalam daging haiwan ternakan, yang berkeadaan terlalu sakit hingga memerlukan antibiotik untuk terus hidup. (Perhatian : selain antibiotik steroid juga menekan sistem imun.)
X-RAY
Seperti antibiotic, X-Ray juga digunakan dengan berlebihan. Dalam beberapa keadaan, pesakit mengambil dos múltiple apabila mereka pada mulanya disuntik dengan pewarna radioaktif dan kemudian menjalani satu atau beberapa X-ray. Memandangkan tiada paras yang dianggap selamat untuk radiasi, walaupun paras radiasi kini rendah, ia masih berisiko.
SUNTIKAN VAKSIN
Vaksin boleh memusnahkan sistem imun kita. Penyelidik klinikal yang mengkaji corak penyakit sebelum dan selepas suntikan vaksin menyimpulkan bahawa vaksin boleh menekan sistem imun. Kesan kemusnahan vaksin keatas sistem imun boleh berlanjutan. Dalam kes-kes yang Terek, ia boleh membunuh orang yang menerima suntikan.
Beberapa orang penyelidik juga memandang berat bahawa vaksin boleh melemahkan keupayaan tubu untuk bertindak balas secara normal terhadap penyakit, dan membentuk suasana yang memusnahkan autoimun dengan sendirinya.
Di AS sahaja, ribuan insiden autoimun selepas mengambil vaksin telah dilaporkan dalam ríslah perubatan dan sistem laboran yang berat sebelah. Tindak balas autoimun ini telah mengakibatkan keadaan penyakit yang kronik – artritis yang Bangkok, penyusutan otot dan lumpuh.
Jawatankuasa Institut Keselamatan Vaksin Perubatan AS di bawah pembiayaan kerajaan, telah mengenal pasti penyakit-penyakit autoimun yang berikut akibat suntikan vaksin;
Sindrom Guillain-Barre, iaitu penyakit yang menyebabkan kelemahan otot dan kelumpuhan, setelah menerima suntikan vaksin rahang kaku dan polio.
Trombositopenia, iaitu pemusnahan platelet darah yang bertanggungjawab terhadap pembekuan darah, berikutan suntikan vaksin MMR
Artritis yang kronik, berikutan rubella.
Tanda-tanda di atas muncul pada setiap suntikan rutin vaksin ke atas kanak-kanak – sistem imun yang tertekan mula menyerang sel-sel tubu, biasanya saraf dan sendi.
KEMOTERAPI
Rawatan kanser ini menjejaskan sistem imun.
Kajian ke atas jururawat di Puhat rawatan kanser (yang sering terdedah lepada ubat kemoterapi beracun seperti fluoruacil dan cyclophohamide) mendapati jururawat yang bekerja dalam persekitaran ini mempunyai dua kali ganda keganjilan kromosom pada limfosit mereka ( sejenis sel darah puth) berbanding mereka yang tidak berada dalam persekitaran yang seumpamanya. Limfosit mengarahkan serangan tubu terhadap sel-sel kanser.
Sejauh manakah kemoterapi diperlukan?
Beberapa kajian mendapati pesakit kanser cenderung hidup lebih baik jika mereka tidak menjalani kemoterapi.
PEMBEDAHAN TIDAK PERLU
Kebanyakan pembedahan menekan sistem imun. Dalam banyak keadaan, punca kematian terbesar selepas berjaya menjalani pembedahan ialah jangkitan sekunder, iaitu Kerala berada terlalu lama di hospital. Dengan keadaan sistem imun yang tertekan, jangkitan sekunder boleh membawa maut.
MEMBUANG TONSIL & APENDIKS
Tonsil merupakan salah satu pertahanan pertama menentang penyakit, dan satu-satunya pertahanan terhadap virus polio. Komuniti perubatan mula memperakui bahawa wabak polio dalm tahun 50-an di Amerika hádala hasil campur tangan doktor. Pembedahan membuang tonsil merupakan Prosegur standard di Amerika pada masa itu.
Begitu juga, apendiks hádala sebahagian daripada sistem imun anda. Membuang tonsila tau apendiks yang membengkak samalah seperti membuang alat pengesan asap Kerala ia mengeluarkan bunyi bising. Kita bernsaib baik Kerala tubu kita mengetahui lebih banyak daripada doktor. Dalam 20% kes, tonsil dan apendiks akan tumbuh semula setelah dibuang.
MEMBUANG LIMPA
Pesakit yang dibuang limpanya berisiko mengalami pembekuan darah secara spontan dalam pembuluh darah. Jika pembekuan darah ini menuju ke paru-paru, ia boleh menyebabkan sesak nafas.
Kajian besar-besaran menunjukkan mereka yang tidak mempunyain limpa lagi berisiko terdedah kepada bakteria kebal (misalnya pneumokokus) yang menyebabkan jankitan telinga dan pneumonia; meningokokus yang menyebakan meningitis di kalangan orang dewasa; dan haemophilus influenzae yang menyebabkan meningitis di kalangan bayi dan jangkitan lain; (khususnya di vagina telinga, hidung dan kerongkong), selain organisma luarbiasa termasuk parasit malaria. Di kalangan bayi, risiko jangkitan mungkin setinggi 10%.
MAKANAN YANG MEMUDARATKAN
Seorang pakar bedah jantung preña menyarankan supaya pesakit yang menjalani pemindahan jantung diberikan makanan yang tidak berkhasiat untuk menekan sistem imun, agar mereka tidak menolak jantung baru. Sungguhpun kedengaran aneh, adea ini memperakui kepentingan hubungan di antara diet dan keimunan.
GULA
Satu kajian menunjukkan penghadaman cuma sesudu teh gula putih merendahkan aktiviti sel-sel darah putih sebanyak 43% selama 6 jam. Kesan penekanan imun oleh gula bermuda kurang 30 minit selepas memakannya. Gula (dan madu) menyebabkan kenaikan yang tinggi dalam paras glukos darah, yang akhirnya menyebabkan fungsi sistem imun terjejas.
(Perhatian: selain gula, kafein juga menyebabkan peningkatan dalam paras gula darah).
Gula juga menghidrat tubuh dan memekatkan lapisan lendir sinus dan paru-paru, memperlahankan aktiviti sel-sel darah putih yang sepatutnya melindungi kita.
Menurut laporan, jika anda melakukan kerja dalam keadaan banyak duduk, bernafas dengan lemah dan memakan banyak gula, pastry dan makanan berkabohidrat yang diproses, sistem anda mungkin cenderung menjadi tempat pertumbohan tumor.
Gula juga mapu mencetuskan penyakit autoimun.
LEMAK DAN MINYAK
Ia menyumbat pembuluh darah, memperlahankan aliran darah, dan menghalang kerja sel-sel imun. Lemak haiwan khususnya paling buruk Kerana lemak twpu diketahui menyumbang lepada penyakit autoimun. Tetapi minyak saturan lebih memudaratkan apabila ia mengalami penghidrogenan untuk menghasilkan marjerin; apabila dipanaskan terlalu lama atau menjadi tengik.
SUSU LEMBU
Manusia tidak dapat menghadamkan susu lembu dengan sepenuhnya. Kebanyakan orang Asia dan Afrika langsung tidak dapat menghadamkannya. Biasanya, protein yang dihadamkan masuk ke dalam aliran darah dalam bentuk asid-asid amino. Susu yang tidak dihadamkan masuk ke dalam darah sebagai protein lengkap, dengan DNA lembu masih ada. Ini menyebabkan sel-sel imun bertindak. Di sebalik menyerang bacteria, virus atau sel-sel kanser, ia menyerang susu.
MAKANAN TIRUAN
Bahan penambah perisa, kimia penambah dalam makanan, pemanis tiruan (misalnya aspartame) dan lemak tiruan hádala bahan-bahan tiruan dengan struktur molekul yang tidak dapat diterima oleh tubuh marusia. Sel-sel imun anda perlu menyingkirkannya daripada tubu. Vitamin-vitamin sintetik dan ubatan farmasi juga bukan makanan tulen.
PERSEKITARAN
RADIASI ELEKTRO MAGNETIC (EM)
(Daripada telefon bimbit dan menara pemancarnya; ketuhar gelombang mikro, TV, Komputer, lain-lain peralatan elektrik dan sebagainya)
Ia boleh menjejaskan otak (menyebabkan keganjilan tingkah laku dan pembelajaran) dan tisu-tisu dalam tubu yang sedang membesar, khususnya tisu janin dan pertumbuhan kanser. Malahan, sesetengah penyelidik telah mengaitkan medan EM dengan kejadian membunuh diri, gangguan sistem saraf, masalah hubungan jenis, ancaman keatas sistem pembiakan, perkembangan janin yang tidak normal dan penyakit jantung.
Di Amerika, beberapa penemuan telah dibuat antaranya:
Kanak-kanak yang ibunya tidur di bawah sek\limut elektrik mengembangkan 205% lebih tumor otak, 70% lebih leukimia dan 30% lebih kanser daripada kanak-kanak yang ibu mereka tidak menggunkannya.
1000% kejadian Sindrom Down lebih tinggi ditemui di Vernon, New Jersey, yang mempunyai menara yang kelima tertinggi di Amerika.
Kejadian lebih tinggi kanak-kanak cacat yang dilahirkan dengan berbapakan pekerja switchyard di Sweden dikesan berpunca daripada perubahan kromosom dalam sperma akibat pendedahan kepada EM.
1/5 kanser dikalangan kanak-kanak berpunca daripada pendedahan rendah medan EM dari bekalan tenaga.
RADIASI PENGIONAN
(Melalui X-ray, dan sinaran daripada bahan-bahan radioaktif seperti petroleum, uranium dan arang batu)
Hakikatnya, tidak ada paras selamat bagi radiasi. Keradioaktifan telah diketahui boleh menyebabkan kerosakan sistem imun, perubahn genetik, keroskan sistem pembiakan, gangguan pembesaran janin dan kanser.
Malahan, radiasi pengionan boleh menyebabkan hampir kesemua jenis kanser kecuali leukimia limfa yang kronik dan penyakit Hodgkin. Ia juga telah dikaitkan dengan risiko penyakit hiptiroidisme autoimun di kalangan mangsa serangan bom atom Nagasaki dalam Perang dunia kedua. Dalam kebanyakan mangsa serangan bom itu, pendedahan kepada bahan radioaktif itu menyebabkan tubuh mereka gagal menghasilkan sel-sel imun. Oleh Kerala tubuh mereka gagal membunuh bakteria penceroboh, mereka mati akibat jangkitan dan penyakit lain.
Begitu jugad dengan mangsa tragedia Chernobyl. Mangsa (yang tidak mati dengan segera) juga mati dalam tempoh yang singkat disebabkan terlalu banyak sel sumsum tulang dan sel-sel lain mati akibat sinaran radioaktif.
Kita sendiri terdedah lepada radiasi seumpamanya melalui X-ray. Kajian keatas wanita yang preña menjalani ujian X-ray bagi mengesan penyakit tibi mendapati kadar penyakit tiroid autoimun lebih tinggi di kalangan mereka yang terdedah kepadanya.
RADIASI ULTRAUNGU
Radiasi Ultraungu (UV0 daripada pancaran matahari (berikutan pemusnahan lapisan ozon yang berterusan) boleh menjejaskan fungsi tubu melawan penyakit. Apabila kulit terdedah lepada radiasi UV secara berlebihan, aktiviti sel-sel darah putih yang menghasilkan antibodi akan terjejas. Penyelidikan saintifik menyarankan bahawa selaran matahari boleh mengubah penyebaran dan fungsi sel-sel darah putih yang melawan penyakit di kalangan Marusia sehingga 24 jam selepas terdedah lepada matahari.
Pendedahn yang berlebihan kepada radiasi UV menyebabkan kanser kulit dan pelbagai penyakit mata. Sistem imun yang lemah juga memburukan lagi penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria, virus dan parasit tropika.
Ia munkin mengaktifkan virus yang sedia ada pada kulit seperti cacar dan membawa kepada meningkatnya penyakit seperti campak, malaria, tibi, kusta dan jangkitan kulat. Selaran matahari yang berulangan juga dilaporkan mengurangkan kemampuan sistem imun untuk melawan jangkitan bakteria dalam paru-paru.
ASAP EKZOS KENDERAAN
Kajian ke atas kesihatan orang ramai selepas terdedah kepada asap ekzos kenderaan mendapati mereka menghasilkan antibodi yang rendah. Simposium pada tahun 1983 di Sweden yang dihadiri oleh saintis terkemuka dari seluruh dunia telah bersetuju bahawa Kira-kira 10% kes kanser paru-paru berpunca daripada pembakaran minyak fosil seperti yang terkandung dalam asap ekzos kenderaan.
Gasolin mengandungi banyak bahan kimia toksik seperti benzina, xilena, toluena bahan penambah lain. Apabila bahan-bahan kimia ini terdedah kepada kepanasan dan tekanan yang tinggi dalam proses pembakaran enjin, ia bertukar menjadi bahan kimia yang sangat bertoksik seperti polycylic aromatic hydrocarbons (PAHs).
PAHs mengandungi kimia toksik (nitrofluoranthene), yang menurut saintis Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat “ Amat karsinogenik”.
Asap diesel juga bertoksik. Kajian Institut Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan AS pada 1985 mendapati binatang makamal mengalami peningkatan dalam kadar pertumbuhan virus selepas terdedah kepada asap diesel.
PENYAKIT GAYA HIDUP
TEKANAN
Tekanan mental boleh melemahkan sistem imun. Masalah-masalah seperti perpindahan, perceraian, pertikaian dalam keluarga dan kebimbangan yang tidak menentu boleh melemahkan sistem imun.
ALKOHOL
Ia melemahkan keupayaan sel darah putih untuk membunuh kuman. Kajian juga mendapati penagih alkohol berisiko lebih tinggi menghidap pneumonia. Dos alkohol yang tinggi juga menghalang tindakan sel darah putih pembunuh ke atas kanser. Selain iyu, ia juga menyingkirkan nutrien yang menguatkan sistem imun.
TIDUR LEWAT
Tidur memainkan peranan yang penting dalam funsi sistem imun yang sempurna. Menurut sebuah buku, The Common Cold Cure, tidak cukup tidur merupakan satu daripada empat penyebab kelemahan sistem imun. Pada hakikatnya, ia menjadi penyebab utama kelemahan sistem imun dikalangan orang dewasa.
Pada waktu tidurlah sistem imun kita terpaksa bekerja kuat. Itulah sebabnya ramai orang jatuh sakit apabila mereka tidak mendapat tidur yang cukup; dan itulah juga sebabnya orang sakit memerlukan lebih banyak tidur. Waktu tidur itu amat penting. Misalnya, pundi hempedu paling aktif di antara 11 malam dan 1 pagi, manakala hati paling aktif di antara 1 pagi dan 3 pagi.
Jika anda berjaga atau lebih buruk lagi, masih makan pada waktu ini, anda sebenarnya mengganggu pusingan tubu dan melemahkan fungsi imun anda.
MEROKOK
Ia boleh merosakkan lapisan sistem pernafasan yang meningkatkan risiko dijangkiti demam selesema kerana kuman lebih berpeluang untuk berkembang. Malahan, perokok dan perokok pasif menyedut bahan kimia toksik.
BAHAN KIMIA
Terdapat lebih daripada 75,000 bahan kimia dalam alam sekitar. Pendedahan terhadap bahan kimia boleh merosakkan sistem imun, mengurangkan kemampuannya untuk melawan jangkitan biasa dan penyakit serius seperti kanser.
Ini menekan sistem imun kerana tubu Marusia belum mempunyai cara yang betul untuk mengenal pasti dan menghapuskan bahan kimia moden.
BAHAN PENAMPAL GIGI
Bahan penampal gigi perak diketahui bertoksik. Ia mengeluarkan wap raksa ke dalam mulut terutama apabila anda mengunyah atau memakan makanan berasid dan panas. Dalam satu penyelidikan yang dijalankan di Universiti Calgary, Kanada, amalan mengunyah makanan meningkatkan paras raksa dala mudara dalam mulut enam kali ganda diantara subjek ujian.
Kajian di makmal juga mendapati dalam tempoh 24 jam selepas menyuntik sedikit raksa ke dalam otot didalam tubu, ia meresapi ke dalam otak, saraf tunjang, buah pinggang, paru-paru, saluran darah, tisu perantara dan adrenal.
Bersambung....
Ok kembali pada gambar, kali ni saya akan bawa ke Munich, kebetulan waktu itu ada October Fest. Lebih kurang macam fun fair. Yang menariknya, penduduk sekitar datang dengan pakaian tradisional.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Aug-2009 14:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Travel - Frankfurt
|
 |
|
Kalau tak silap kat depan Opera house, ingat2 lupa
|
|
 |
|
Sungai di tengah bandar frankfurt..bersih
|
|
 |
|
One of the best italian foods
|
| | View all 6 photos... |
|
|
Sebelum terbang balik ke Malaysia, saya sempat berlegar-legar di sekitar Frankfurt. Naik lenguh kaki dibuatnya mengikut jejak kawan saya yang berjalan tak henti-henti, tak tau dah berapa kilometer berjalan kaki...tak pe lah bukan selalu boleh datang pun. Jom tengok apa yang saya jumpa...just nak kongsi aje
|
|
|
|
|
|
| Friday, 31-Jul-2009 14:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Travel
|
|
Salam bertemu lagi. Kita masih lagi di German tapi kali ini di Munich. Seperti di Augburg, di sini masih banyak bangunan lama yang masih di pelihara terutamanya gereja. Bila kita berjalan berhampiran rasa macam dalam cerita harry potter pulak. Waktu ni masih lagi summer. So, saya ada masa siang yang panjang untuk ronda-ronda. Jom...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Jul-2009 06:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Muhasabah
|
|
Antara Michael Jackson & Syahidah Marwa ash-Sharbini
Posted on Friday, July 24 @ 20:30:00 PDT by KetamBatu
Artikel Oleh IbnuMustafa
(dipetik dari Tranungkite Online)
Sedih & Pilu.. Itulah yang saya rasakan ketika melihat tayangan pengkebumian the King of Pop, Michael Jackson atau lebih dikenali dengan panggilan Jacko yang begitu gegap gempita di seluruh television kita sepanjang hari. Beberapa stesyen tv menayangkan tayangan eksklusif secara langsung dari AS acara penghormatanterakhir bagi si Raja Muzik Pop sampai ke pagi! Dan entah berapa juta mata masyarakat Malaysia yang sanggup menahan ngantuk demi menyaksikan acara itu.
Saya sedih, bukan kerana kematian MJ yang dipuja jutaan orang di dunia. Tetapi saya sedih, kerana pada saat yang sama, berlangsung pengkebumian seorang muslimah yang InsyaAllah menjadi seorang syahidah kerana mempertahankan jilbabnya demi agamanya.
Marwa Ash-Sharbini, seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang cukup anti-Islam dan anti-Muslim. Tetapi berita ini, sama sekali tidak kelihatan mahupun terpampang di kaca-kaca tv kita, negara yang majaroti penduduknya Muslim malah digelar sebagai Negara Islam al-Hadhari, bahkan mungkin, tidak ramai dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Ash-Sharbini.
Ribuan orang di Mesir yang menghantar jenazah Marwa Ash-Sharbini ke tempat persemadiannya yang terakhir, memang mungkin lebih ramai yang menangisi kepemergian Raja Pop Michael Jackson. Marwa Ash-Sharbini hanyalah seorang ibu dan bukanlah orang ternama mahupun superstar seperti MJ. Tetapi kepemergian Marwa Ash-Sharbini adalah lambang jihad paling agung seorang muslim di abad ini. Marwa Ash-Sharbini mempertahankan harga dirinya sebagai seorang Muslimah yang mematuhi ajaran agamanya meskipun untuk itu ia sanggup menggadaikan nyawanya.
Marwa Ash-Sharbini ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman ketika perbicaraan sedang dijalankan. Kejadian ini rentetan dari sebutan kes dimana seorang pemuda jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai 'teroris' hanya kerana ia memakai tudung 'jilbab'. Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas tudung 'jilbab' Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana ia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman. Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa yang kini dalam keadaan cedera parah di hospital Dresden.
Peristiwa ini diam begitu sahaja dari laporan-laporan media massa Jerman mahupun dunia kerana yang menjadi korban adalah seorang muslimah yang dibunuh oleh orang Barat yang anti-Islam dan anti-Muslim. Situasinya mungkin akan berbeza jika yang menjadi korban adalah seorang Jerman atau orang Barat yang dibunuh oleh seorang ektrimis Islam. Sudah tentu beritanya agak lebih meluas dan gempar ke seluruh dunia.
Itulah sebabnya, mengapa di tv-tv kita cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson yang mengharubirukan dunia itu. Tidak ada langsung berita berkenaan pengkebumian Syahidah Marwa Ash-Sharbini yang mendapat jolokan "Pahlawan Jilbab". Malah tidak ada langsung protes dari dunia Islam, khususnya negara asalnya Mesir atas kematiannya, dimanakah OIC pada ketika itu?. Tidak ada langsung tangisan kaum muslimin seluruh dunia untuknya. Tetapi tidak mengapa Marwa Ash-Sharbini, kerana engkau telah dijanjikan suatu tempat yang paling mulia dan istimewa di sisiNya ALLAH SWT.
Seiring doa dari orang-orang yang mencintaimu. Selamat jalan saudariku, Serikandi Islam, Pahlawan jilbab, maafkan kami di atas ketidak pedulian ini… Al-Fatihah...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Jul-2009 02:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Travel
|
|
Kita masih lagi di Augsburg, Germany. seperti yang saya sebut disana ada banyak bangunan-bangunan lama yang berusia beratus tahun tapi keadaan masih baik sehingga sekarang. Waktu malam disini amat membosankan kerana kebanyakan shopping complex ditutup pada jam 7.00mlm. Pada hari ahad pun tutup. Di frankfurt pun sama. So, kalau ada sesiapa nak melawat ke German pastikan datang pada hari bekerja.
Pada mulanya, saya agak keliru kerana banyak bangunan yang dibina mempunyai reka bentuk kubah seperti masjid tapi setelah dihampiri ia sebenarnya adalah gereja.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Jul-2009 23:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Travel
|
|
Apa kata kalau kita bersantai kejap kat German. Kali ini kita melawat Fuggerei di sebuah bandar di Augsburg, Germany. Lebih kurang 2 jam perjalan dari Munich. Ia sebuah bandar lama yang unik yg menurut ceritanya bandar Augsburg telah didirikan semasa zaman kegemilangan empayar Rom. Terdapat banyak bangunan-bangunan lama dibandar tersebut dan masih dalam keadaan baik. Fuggerei adalah nama pemilik rumah tersebut yang sangat kaya yang mana rumah tersebut dijadikan seperti rumah kebajikan untuk membantu orang-orang yang susah dan miskin. Fuggerei pernah rosak teruk akibat kesan daripada perang dunia kedua (seperti dalam poster di gambar pertama). Sehingga sekarang rumah tersebut masih dihuni. Cuma ada sebuah rumah yang dijadikan rumah pameran. Jom kita melawat sekitar Fuggerei..banyak lagi tempat kita nak lawat
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jul-2009 14:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
Semasa kat kenyir satu perkara yang saya amat suka, makan apa pun semuanya sedap ditambah pulak dengan ikan kelah masak stim...perggh. Lepas tu ikan baung masak asam, ikan lampam goreng pun bukan main sedap. Satu hari bukannya 3 kali makan tapi dah sampai 6 kali..jom tengok
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Jul-2009 13:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
Salam, kali ni I nak share pengalaman sewaktu last trip ke kenyir. Sesiapa yang tak pernah pi, jom...!!
|
|
|
|
|